Dibukakan pintu-pintu langit dan dimustajabkan doa pada empat tempat

TEKS BAHASA ARAB

تفتح أبواب السماء، ويستجاب الدعاء في أربعة مواطن: عند التقاء الصفين في سبيل الله، وعند نزول الغيث، وعند إقامة الصلاة، وعند رؤية الكعبة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dibukakan pintu-pintu langit dan dimustajabkan doa pada empat tempat; ketika bertemu dua barisan tentera pada jalan Allah, ketika turunnya hujan, ketika mendirikan solat, dan ketika melihat kaabah.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1455, hadis nombor 7402. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً) عن أبي أمامة – رضي الله عنه – عن النبي ﷺ قال: ((تفتح أبواب السماء، ويستجاب الدعاء في أربعة مواطن: عند التقاء الصفين في سبيل الله، وعند نزول الغيث، وعند إقامة الصلاة، وعند رؤية الكعبة)). [ابن حجر في ((نتائج الأفكار))، ((الضعيفة)) (3410)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abu Umamah RA daripada Nabi SAW, baginda bersabda: Dibukakan pintu-pintu langit dan dimustajabkan doa pada empat tempat; ketika bertemu dua barisan tentera pada jalan Allah, ketika turunnya hujan, ketika mendirikan solat, dan ketika melihat kaabah.
[Riwayat Ibn Hajar dalam Nataij al-Afkar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3410]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs