Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Dibimbangi akan terzahirnya fitnah yang tidak akan terselamat daripadanya melainkan dengan kuasa Allah atau doa

Teks Bahasa Arab

يُوشك أن تظهر فتنةٌ لا يُنْجِي منها إلا الله، أو دعاءٌ كدعاءِ الغريق (الغَرقى).

Teks Bahasa Melayu

Dibimbangi akan terzahirnya fitnah yang tidak akan terselamat daripadanya melainkan dengan kuasa Allah atau doa seperti doa ketika tenggelam (lemas).

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1522, hadis no. 7739. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي هريرة - رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((يوشك أن تظهر فتنة لا ينجي منها إلا الله عز وجل، أو دعاء كدعاء الغريق (الغرقى))). [الأصبهاني، ((الضعيفة)) (5467، 6151)].

(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: “Dibimbangi akan terzahirnya fitnah yang tidak akan terselamat daripadanya melainkan dengan kuasa Allah atau doa seperti doa ketika tenggelam (lemas)”. [Riwayat al-Asbahaniy. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5467, 6151]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.