TEKS BAHASA ARAB
حمل علي باب خيبر وإن سبعة رجال وأربعين لم يطيقوه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Diberikan kepadaku untuk memikul pintu Khaibar. Sesungguhnya tujuh puluh empat orang lelaki pun tidak mampu mengangkatnya.
STATUS
(Terdapat perawi bermasalah pada sanadnya)
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 96. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
«حُمِلَ عَلَيَّ بَابُ خَيْبَرَ وَإِنَّ سَبْعَةَ رِجَالٍ وَأَرْبَعِينَ لَمْ يُطِيقُوهُ» فِيهِ لَيْث ضَعِيف والراوي عَنهُ شيعي قلت طرقه كلهَا واهية وَلذَا أنكرهُ بعض الْعلمَاء.
Maksudnya: “Diberikan kepadaku untuk memikul pintu Khaibar. Sesungguhnya tujuh puluh empat orang lelaki pun tidak mampu mengangkatnya.”
Dalam sanadnya terdapat Laith. Beliau adalah seorang perawi yang lemah. Dan orang yang meriwayatkan daripada beliau adalah seorang syiah. Saya katakan: Kesemua jalur periwayatannya adalah terlalu lemah. Oleh kerana itu, sebahagian para ulama menafikan kesahihan hadith ini.
RUJUKAN
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.