Terdapat perawi daif pada sanadnya
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حُمِلَ عَلَيَّ بَابُ خَيْبَرَ وَإِنَّ سَبْعَةَ رِجَالٍ وَأَرْبَعِينَ لَمْ يُطِيقُوهُ.
Teks Bahasa Melayu
Diberikan kepadaku untuk memikul pintu Khaibar. Sesungguhnya tujuh puluh empat orang lelaki pun tidak mampu mengangkatnya.
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Terdapat perawi daif pada sanadnya
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 96. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
«حُمِلَ عَلَيَّ بَابُ خَيْبَرَ وَإِنَّ سَبْعَةَ رِجَالٍ وَأَرْبَعِينَ لَمْ يُطِيقُوهُ» فِيهِ لَيْث ضَعِيف والراوي عَنهُ شيعي قلت طرقه كلهَا واهية وَلذَا أنكرهُ بعض الْعلمَاء.
Maksudnya: “Diberikan kepadaku untuk memikul pintu Khaibar. Sesungguhnya tujuh puluh empat orang lelaki pun tidak mampu mengangkatnya.” Dalam sanadnya terdapat Laith. Beliau adalah seorang perawi yang daif. Dan orang yang meriwayatkan daripada beliau adalah seorang syiah. Saya katakan: Kesemua jalur periwayatannya adalah terlalu lemah. Oleh kerana itu, sebahagian para ulama menafikan kesahihan hadith ini.
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman