TEKS BAHASA ARAB
يبعث العالم والعابد، فيقال للعابد: ادخل الجنة، ويقال للعالم: اثبت، حتى تشفع للناس بما أحسنت إليهم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Dibangkitkan seorang ahli ilmu dan seorang ahli ibadat. Lalu dikatakan kepada ahli ibadat: Masuklah ke dalam syurga. Dikatakan kepada ahli ilmu: Duduklah di situ sehingga engkau memberi syafaat kepada manusia dengan perbuatan baik yang engkau lakukan kepada mereka.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 722, hadis nombor 3689. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن جابر بن عبد الله رضي الله عنه، قال: قال ﷺ: يبعث العالم والعابد، فيقال للعابد: ادخل الجنة، ويقال للعالم: اثبت، حتى تشفع للناس بما أحسنت إليهم.
[عد، هب، ((الضعيفة)) (6805)].
(Palsu)
Daripada Jabir bin ‘Abdullah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Dibangkitkan seorang ahli ilmu dan seorang ahli ibadat. Lalu dikatakan kepada ahli ibadat: Masuklah ke dalam syurga. Dikatakan kepada ahli ilmu: Duduklah di situ sehingga engkau memberi syafaat kepada manusia dengan perbuatan baik yang engkau lakukan kepada mereka.
[Riwayat Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’, al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6805].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.