Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يُبعثُ العالمُ والعابدُ، فيُقالُ للعابدِ: ادخلِ الجنةَ، ويُقالُ للعالمِ: اثْبُتْ، حتى تشفعَ للناسِ بما أحسنتَ إليهم.
Teks Bahasa Melayu
Dibangkitkan seorang ahli ilmu dan seorang ahli ibadat. Lalu dikatakan kepada ahli ibadat: Masuklah ke dalam syurga. Dikatakan kepada ahli ilmu: Duduklah di situ sehingga engkau memberi syafaat kepada manusia dengan perbuatan baik yang engkau lakukan kepada mereka.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 722, hadis no. 3689. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن جابر بن عبد الله رضي الله عنه، قال: قال ﷺ: يبعث العالم والعابد، فيقال للعابد: ادخل الجنة، ويقال للعالم: اثبت، حتى تشفع للناس بما أحسنت إليهم. [عد، هب، ((الضعيفة)) (6805)].
(Palsu) Daripada Jabir bin 'Abdullah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Dibangkitkan seorang ahli ilmu dan seorang ahli ibadat. Lalu dikatakan kepada ahli ibadat: Masuklah ke dalam syurga. Dikatakan kepada ahli ilmu: Duduklah di situ sehingga engkau memberi syafaat kepada manusia dengan perbuatan baik yang engkau lakukan kepada mereka. [Riwayat Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa’, al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6805].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman