TEKS BAHASA ARAB
يبعث يوم القيامة قوم من قبورهم؛ تأجج أفواههم ناراً. فقيل: من هم؟ قال: ألم تر أن الله يقول: {إن الذين يأكلون أموال اليتامى ظلماً إنما يأكلون في بطونهم ناراً}.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Dibangkitkan pada hari kiamat suatu kaum dari kubur mereka, mulut mereka menyala-nyala dengan api. Maka dikatakan: "Siapakah mereka?" Nabi SAW berkata: "Tidakkah kamu mengetahui bahawa Allah Taala berfirman: “Sesungguhnya orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 628 – 529, hadis nombor 3270. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي برزة – رضي الله عنه – مرفوعاً: ((يبعث يوم القيامة قوم من قبورهم؛ تأجج أفواههم ناراً. فقيل: من هم؟ قال: ألم تر أن الله يقول: {إن الذين يأكلون أموال اليتامى ظلماً إنما يأكلون في بطونهم ناراً}. [ع، حب، الواحدي في ((الوسيط))، ((الضعيفة)) (5458)].
(Palsu)
Daripada Abu Barzah RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Dibangkitkan pada hari kiamat suatu kaum dari kubur mereka, mulut mereka menyala-nyala dengan api. Maka dikatakan: "Siapakah mereka?" Nabi SAW berkata: "Tidakkah kamu mengetahui bahawa Allah Taala berfirman: “Sesungguhnya orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka."
[Riwayat Abu Ya’la dalam Musnadnya, Ibn Hibban dalam Sahihnya, dan al-Wahidi dalam al-Wasit. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5458].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.