Dibangkitkan pada hari kiamat suatu kaum dari kubur mereka dalam keadaan mulut mereka penuh dengan api

TEKS BAHASA ARAB

يبعث يوم القيامة قوم من قبورهم؛ تأجج أفواههم نارا. فقيل: من هم؟ قال: ألم تر أن الله يقول: {إن الذين يأكلون أموال اليتامى ظلما إنما يأكلون في بطونهم نارا وسيصلون سعيرا}… الآية؟!

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dibangkitkan pada hari kiamat suatu kaum dari kubur mereka dalam keadaan mulut mereka penuh dengan api. Lalu dikatakan: Siapakah mereka? Baginda bersabda: Tidakkah Allah berfirman: {Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka, dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala} [Surah al-Nisa’ ayat 10].

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 805, hadis nombor 4146. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي برزة –رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((يبعث يوم القيامة قوم من قبورهم؛ تأجج أفواههم نارا)). فقيل: من هم؟ قال: ((ألم تر أن الله يقول: {إن الذين يأكلون أموال اليتامى ظلما إنما يأكلون في بطونهم نارا وسيصلون سعيرا}… الآية؟!)). [ع، حب، الواحدي في ((الوسيط))، ((الضعيفة)) (5458)]

(Palsu) Daripada Abū Barzah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Dibangkitkan pada hari kiamat suatu kaum dari kubur mereka dalam keadaan mulut mereka penuh dengan api. Lalu dikatakan: Siapakah mereka? Baginda bersabda: Tidakkah Allah berfirman: {Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka, dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala} [Surah al-Nisa’ ayat 10]. [Riwayat Abū Ya‘lā dalam Musnadnya, Ibn Ḥibbān dalam al-Ṣaḥīḥ, al-Wāḥidī dalam al-Wasīṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5458]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs