Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يُبْعَثُ يومَ القيامةِ قومٌ من قبورِهم؛ تَتَأَجَّجُ أفواهُهُم نارًا. فقيل: مَن هم؟ قال: ألم تَرَ أن اللهَ يقولُ: {إِنَّ الَّذِينَ يَأْكُلُونَ أَمْوَالَ الْيَتَامَى ظُلْمًا إِنَّمَا يَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ نَارًا}.
Teks Bahasa Melayu
Dibangkitkan pada hari kiamat suatu kaum dari kubur mereka, mulut mereka menyala-nyala dengan api. Maka dikatakan: "Siapakah mereka?" Nabi SAW berkata: "Tidakkah kamu mengetahui bahawa Allah Taala berfirman: “Sesungguhnya orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka.
Sahabat Perawi
- Abi Barzah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 628 - 529, hadis no. 3270. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي برزة - رضي الله عنه - مرفوعاً: ((يبعث يوم القيامة قوم من قبورهم؛ تأجج أفواههم ناراً. فقيل: من هم؟ قال: ألم تر أن الله يقول: {إن الذين يأكلون أموال اليتامى ظلماً إنما يأكلون في بطونهم ناراً}. [ع، حب، الواحدي في ((الوسيط))، ((الضعيفة)) (5458)].
(Palsu) Daripada Abu Barzah RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Dibangkitkan pada hari kiamat suatu kaum dari kubur mereka, mulut mereka menyala-nyala dengan api. Maka dikatakan: "Siapakah mereka?" Nabi SAW berkata: "Tidakkah kamu mengetahui bahawa Allah Taala berfirman: “Sesungguhnya orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka." [Riwayat Abu Ya’la dalam Musnadnya, Ibn Hibban dalam Sahihnya, dan al-Wahidi dalam al-Wasit. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5458].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman