Dibangkitkan orang alim dan ahli ibadah

TEKS BAHASA ARAB

يبعث العالم والعابد، فيقال للعابد: ادخل الجنة. ويقال للعالم: اثبت، حتى تشفع للناس بما أحسنت إليهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dibangkitkan orang alim dan ahli ibadah, lalu dikatakan kepada ahli ibadah: Masuklah ke dalam syurga, dan dikatakan kepada orang alim: Tunggulah, agar kamu dapat memberikan syafaat kepada orang lain dengan kebaikan yang telah kamu lakukan kepada mereka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1300, hadis nombor 6649. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن جابر بن عبد الله رضي الله عنه، قال: قال النبي صلى الله عليه وسلم: يبعث العالم والعابد، فيقال للعابد: ادخل الجنة. ويقال للعالم: اثبت حتى تشفع للناس بما أحسنت إليهم.
[عد، هب، ((الضعيفة)) (6805)].

(Palsu)
Daripada Jabir bin ‘Abdillah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Dibangkitkan orang alim dan ahli ibadah, lalu dikatakan kepada ahli ibadah: Masuklah ke dalam syurga, dan dikatakan kepada orang alim: Tunggulah, agar kamu dapat memberikan syafaat kepada orang lain dengan kebaikan yang telah kamu lakukan kepada mereka.
[Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa, al-Bayhaqi dalam Shu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6805].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs