Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Diantara setiap azan dan iqamah ada solat

Teks Bahasa Arab

حديث: "بَيْنَ كُلِّ أَذَانَيْنِ صَلاةٌ إِلا الْمَغْرِبَ "

Teks Bahasa Melayu

Hadith: “Diantara setiap azan dan iqamah ada solat (sunat) melainkan pada solat maghrib”.

Sahabat Perawi

  1. Buraidah

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 18, hadis no. 16. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه البزار عن بريدة مرفوعا. وقد تفرد به حيان بن عبيد الله وهو بصري مشهور ليس به بأس وقال ابن الجوزي: كذبه الفلاس وقال السيوطي: الذي كذبه الفلاس رجل آخر وهذا قال أبو حاتم: صدوق وذكره ابن حبان في الثقات ولكنه لم يتابع على الزيادة المذكورة. وقد صح عنه صلى الله عليه وآله وسلم أنه قال: بين أذاني المغرب صلاة. ثم قال في الثالثة: لمن شاء

Al-Bazzar meriwayatkan daripada Buraidah secara marfu’ (yang disandarkan kepada nabi). Hayyan bin Ubaidillah bersendirian dalam meriwayatkan hadith ini dan beliau merupakan seorang perawi dari Basrah dihukumkan sebagai la ba’sa bihi. Ibn al-Jauzi berkata: al-Fallas menyatakan dia adalah pendusta. al-Suyuthi berkata: Pendusta yang dimaksudkan oleh al-Fallas adalah perawi lain manakala perawi ini menurut Abu Hatim ialah: Saduq. Ibn Hibban menyebutkan perawi ini di dalam kitabnya al-Thiqat namun beliau tidak menyokong dengan penambahan yang disebutkan. Terdapat riwayat sahih daripada Nabi SAW bersabda: “Diantara azan dan iqamat maghrib ada solat”, kemudian Nabi SAW bersabda untuk kali ketiga: “Sesiapa yang hendak menunaikannya”.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.