Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
صَمْتُ الصَّائِمُ تسبيحٌ ونَوْمُهُ عبادةٌ ودُعَاؤُهُ مُستجابٌ وعملُهُ مُضَاعَفٌ.
Teks Bahasa Melayu
Diam orang yang berpuasa itu adalah tasbih, tidurnya itu adalah ibadah, doanya itu makbul, dan amalan baiknya dilipat gandakan ganjarannya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1140, hadis no. 5758. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عبدالله بن عمر رضي الله عنهما مرفوعا: صَمْتُ الصائم تسبيح ونومه عبادة ودعاؤه مستجاب وعمله مضاعف. [أبو طاهر الأنباري في مشيخته، الضعيفة (3784)]
(Sangat Lemah) Daripada Abdullah bin Abi ‘Awfa RA, beliau telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Diam orang yang berpuasa itu adalah tasbih, tidurnya itu adalah ibadah, doanya itu makbul, dan amalan baiknya dilipat gandakan ganjarannya. [Riwayat Abu Thahir al-Anbari dalam Masyyakhatihi. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 3784].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman