Diam orang yang berpuasa itu adalah tasbih

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

صَمْت الصائم تسبيح ونومه عبادة ودعاؤه مستجاب وعمله مضاعف.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Diam orang yang berpuasa itu adalah tasbih, tidurnya itu adalah ibadah, doanya itu makbul, dan amalan baiknya dilipat gandakan ganjarannya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1140, hadis nombor 5758. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عبدالله بن عمر رضي الله عنهما مرفوعا: صَمْتُ الصائم تسبيح ونومه عبادة ودعاؤه مستجاب وعمله مضاعف. [أبو طاهر الأنباري في مشيخته، الضعيفة (3784)]

(Sangat Lemah) Daripada Abdullah bin Abi ‘Awfa RA, beliau telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Diam orang yang berpuasa itu adalah tasbih, tidurnya itu adalah ibadah, doanya itu makbul, dan amalan baiknya dilipat gandakan ganjarannya. [Riwayat Abu Thahir al-Anbari dalam Masyyakhatihi. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 3784].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.