Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الصمتُ أرفعُ العبادةِ.
Teks Bahasa Melayu
Diam merupakan ibadah yang paling tinggi (darjatnya).
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 175, hadis no. 887. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: الصمت أرفع العبادة. [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (741)]
(Daif) Daripada Abu Hurairah - Raḍiyallāhu ‘anhu - secara Marfu’: “Diam merupakan ibadah yang paling tinggi (darjatnya).” [Riwayat Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 741]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman