TEKS BAHASA ARAB
دخل عمر رضي الله تعالى عنه على النبي صلى الله عليه وسلم وعنده جَوارٍ يَضرِبْن بالدُّف، فأسكتهنّ لدخوله قائلاً: هو لا يحب الباطل.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Umar RA telah datang kepada Nabi SAW dan pada ketika itu terdapat hamba-hamba di samping baginda yang sedang memukul gendang lalu baginda senyapkan mereka kerana kedatangannya (Umar) dan berkata: Dia tidak suka kepada kebatilan.
STATUS
Batil dan tiada asal baginya
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1957, hadis nombor 9795. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل لا أصل له)
دخل عمر رضي الله تعالى عنه على النبي صلى الله عليه وسلم وعنده جَوارٍ يَضرِبْن بالدُّف، فأسكتهنّ لدخوله قائلاً: هو لا يحب الباطل.
[((الضعيفة)) (6937)]
(Batil dan tiada asal baginya)
Umar RA telah datang kepada Nabi SAW dan pada ketika itu terdapat hamba-hamba di samping baginda yang sedang memukul gendang lalu baginda senyapkan mereka kerana kedatangannya (Umar) dan berkata: Dia tidak suka kepada kebatilan.
[Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6937]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.