TEKS BAHASA ARAB
عرف الحق لأهله.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Dia tahu bagaimana menyandarkan kebenaran kepada ahlinya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 476 – 477, hadis nombor 2559. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن الأسود بن سريع –رضي الله عنه- أن النبي صلى الله عليه وسلم أتي بأسير، فقال: اللهم! إني أتوب إليك ولا أتوب إلى محمد، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: ((عرف الحق لأهله)). [ك، حم، طب، ((الضعيفة)) (3862)].
(Lemah)
Daripada al-Aswad bin Sari’, bahawa suatu ketika dibawakan kepada Nabi SAW seorang tawanan. Tawanan itu berkata: Wahai Allah! Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan aku tidak bertaubat kepada Muhammad. Nabi SAW lalu bersabda: “Dia tahu bagaimana menyandarkan kebenaran kepada ahlinya.”
[Riwayat al-Hakim, Ahmad dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 3862]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.