Dia mengetahui hak (untuk diberikan) pada yang berhak

TEKS BAHASA ARAB

عرف الحق لأهله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dia mengetahui hak (untuk diberikan) pada yang berhak.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1466, hadis nombor 7462. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الأسود بن سريع: أن النبي – صلى الله عليه وسلم – أتي بأسير، فقال: اللهم! إني أتوب إليك ولا أتوب إلى محمد، فقال النبي – صلى الله عليه وسلم -: ((عرف الحق لأهله)). [ك، حم، طب، ((الضعيفة)) (3862)]

(Lemah)
Daripada al-Aswad bin Sari’ berkata: Bahawa Nabi SAW pernah dibawakan kepadanya seorang tawanan, lalu tawanan itu berkata: Ya Allah! Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu tapi aku tidak bertaubat kepada Muhammad. Lalu, Nabi SAW pun bersabda: Dia mengetahui hak (untuk diberikan) pada yang berhak.
[Riwayat al-Ḥākim dalam Mustadrak, Aḥmad bin Ḥanbal dalam Musnadnya dan al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3862]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs