Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عرف الحق لأهله.
Teks Bahasa Melayu
Dia mengetahui hak (untuk diberikan) pada yang berhak.
Sahabat Perawi
- al-Aswad bin Sari'
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1466, hadis no. 7462. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن الأسود بن سريع: أن النبي - صلى الله عليه وسلم - أتي بأسير، فقال: اللهم! إني أتوب إليك ولا أتوب إلى محمد، فقال النبي - صلى الله عليه وسلم -: ((عرف الحق لأهله)). [ك، حم، طب، ((الضعيفة)) (3862)]
(Lemah) Daripada al-Aswad bin Sari' berkata: Bahawa Nabi SAW pernah dibawakan kepadanya seorang tawanan, lalu tawanan itu berkata: Ya Allah! Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu tapi aku tidak bertaubat kepada Muhammad. Lalu, Nabi SAW pun bersabda: Dia mengetahui hak (untuk diberikan) pada yang berhak. [Riwayat al-Ḥākim dalam Mustadrak, Aḥmad bin Ḥanbal dalam Musnadnya dan al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3862]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman