Dia mendapat dua pahala

TEKS BAHASA ARAB

له أجران: أجر السر، وأجر العلانية.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dia mendapat dua pahala; pahala merahsiakan amalannya, dan pahala amalan yang dilakukan secara terang-terangan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 482, hadis nombor 2592. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة –رضي الله عنه- أن رجلا، قال: يا رسول الله! إن الرجل يعمل العمل ويسره، فإذا اطلع عليه، سره، فقال النبي ﷺ: ((له أجران: أجر السر، وأجر العلانية)). [ت، هـ، حب، ((الضعيفة)) (4344)]

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA bahawa ada seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah, ada seorang lelaki melakukan sesuatu perbuatan dan dia merahsiakannya. Apabila amalannya itu diketahui (oleh orang lain), dia gembira (kerana orang lain mendapat manfaat kerana mengetahui tentangnya). Maka Nabi SAW bersabda: Dia mendapat dua pahala; pahala merahsiakan amalannya, dan pahala amalan yang dilakukan secara terang-terangan (kerana ianya diketahui orang).
[Riwayat al-Tirmidzi, Ibn Majah, Sahih Ibn Hibban, Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4344]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs