Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما أنعمَ اللهُ على عَبدٍ نعمةً في مالٍ، أو أَهلٍ، أو ولَدٍ، فقالَ: ما شاءَ اللهُ، لا قوَّةَ إلَّا باللهِ فيرَى فيها آفةً دُونَ الموتِ، وقرأَ: {وَلَوْلَا إِذْ دَخَلْتَ جَنَّتَكَ قُلْتَ مَا شَاءَ اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ}.
Teks Bahasa Melayu
Tidaklah Allah berikan nikmat kepada seseorang hamba berupa harta atau keluarga atau anak, lalu dia menyebutkan: Apa sahaja yang Allah kehendaki (pasti akan terjadi), tidak ada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah (Masha Allah, La Quwwah Illa Billah), lalu dia melihat di dalamnya suatu malapetaka (musibah) tanpa kematian (mati). Baginda pun membaca: {Dan kalaulah ketika kamu mahu masuk ke kebunmu, kamu mengucapkan: Apa yang dikehendaki oleh Allah (pasti akan terjadi), tidak ada kekuatan melainkan dengan izin Allah} [Surah al-Kahfi ayat 39].
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1433 - 1434, hadis no. 7283. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Anas RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidaklah Allah berikan nikmat kepada seseorang hamba berupa harta atau keluarga atau anak, lalu dia menyebutkan: Apa sahaja yang Allah kehendaki (pasti akan terjadi), tidak ada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah (Masha Allah, La Quwwah Illa Billah), lalu dia melihat di dalamnya suatu malapetaka (musibah) tanpa kematian (mati). Baginda pun membaca: {Dan kalaulah ketika kamu mahu masuk ke kebunmu, kamu mengucapkan: Apa yang dikehendaki oleh Allah (pasti akan terjadi), tidak ada kekuatan melainkan dengan izin Allah} [Surah al-Kahfi ayat 39]. [Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam al-Shukr, al-Baihaqi dalam Shu'ab al-Iman, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Shaghir, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat, Ibn al-Sunni, al-Baihaqi dalam al-Asma' Wa al-Sifat dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2012]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman