Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
فلمَّا دَخَلْنا علَى النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ فكان فيمَا ذكر أن سَأَلوهُ فقال لهُمْ: هلْ قدم معكم أحَدٌ مِن غيرِكُمْ؟ قالوا: نعم، قدم معنا فتًى منا خلفناه في رِحالِنا، قال: "فأرسَلوا إليه"، قال: فَلَمَّا دخلت عليه وهُمْ عِنْدَهُ ليستقبلني فقال: إنَّ اليَدَ المُعطيةَ هي العُلْيَا والسائلةَ هي السُّفْلَى ، فما استغنيتَ فلا تسألْ فإنَّ مالَ اللهِ مسؤولٌ ومُعْطى.
Teks Bahasa Melayu
Dia datang kepada Rasulullah SAW dalam rombongan kaumnya dari bani Thaqif dan berkata: Ketika kami masuk berjumpa Nabi SAW, disebutkan bahawa mereka bertanyakan sesuatu kepada baginda SAW. Lalu baginda bersabda kepada mereka: "Ada tak seseorang selain dari kalian yang datang bersama kalian?" Mereka berkata: "Ya. Bersama kami seorang pemuda yang kami tinggalkannya dalam perjalanan kami." Baginda bersabda: "Maka pergilah kepadanya." Dia berkata: Ketika ia masuk kepadanya dan mereka ada bersamanya untuk menyambutnya lalu baginda bersabda: "Sesungguhnya tangan yang memberi adalah lebih tinggi dan yang meminta adalah lebih rendah. Jika kamu merasa cukup maka jangan kamu meminta, sesungguhnya harta Allah diminta dan diberi."
Sahabat Perawi
- Atiyyah al-Sa’di RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 637, hadis no. 3305. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar dengan lafaz lengkap ini) Daripada 'Atiyyah al-Sa’di RA bahawa dia datang kepada Rasulullah SAW dalam rombongan kaumnya dari bani Thaqif dan berkata: Ketika kami masuk berjumpa Nabi SAW lalu antara perkara yang disebutkan dan ditanya lalu dikatakan kepada mereka: “Adakah ada yang datang bersama kamu orang selain kamu?” Mereka berkata: "Ya, bersama kami seorang pemuda yang kami tinggal dalam perjalanan kami." Baginda bersabda: “Hantarkan kepadanya.” Dia berkata: Ketika ia masuk kepadanya dan mereka ada bersamanya untuk menyambutnya lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya tangan yang memberi adalah lebih tinggi, yang meminta adalah lebih rendah. Jika kamu merasa cukup maka jangan kamu meminta, sesungguhnya harta Allah diminta dan diberi.” [Riwayat Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7109]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman