Dia berwuduk dengan wuduk yang baik kemudian dia berdiri lalu melakukan solat

TEKS BAHASA ARAB

توضأ وضوءا حسنا، ثم قم فصل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dia berwuduk dengan wuduk yang baik kemudian dia berdiri lalu melakukan solat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1191 – 1192, hadis nombor 6037. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن معاذ بن جبل رضي الله عنه: أنه كان قاعدا عند النبي صلى الله عليه وسلم فجاءه رجل وقال: يا رسول الله ما تقول في رجل أصاب امرأة لا تحل له، فلم يدع شيئا يصيبه الرجل من امرأته إلا وقد أصابه منها، إلا أنه لم يجامعها؟ فقال: توضأ وضوءا حسنا ثم قم فصل، قال: فأنزل الله تعالى هذه الآية (أقم الصلاة طرفي النهار وزلفا من الليل) الآية، فقال: أهي له خاصة أم للمسلمين عامة؟ فقال: بل للمسلمين عامة.
[ت، قط، ك، هق، حم، ((الضعيفة)) (1000)]

(Lemah)
Daripada Mu’az bin Jabal RA bahawa beliau pernah duduk bersama Nabi SAW, lalu datanglah seorang lelaki seraya bertanya: Wahai Rasulullah! Apa kata tuan mengenai seseorang yang bersama wanita yang tidak halal baginya, dia tidak meninggalkan apa-apa perkara yang dilakukan oleh suami kepada isterinya melainkan dia melakukannya kecuali bersetubuh?, Baginda menjawab: Dia berwuduk dengan wuduk yang baik kemudian dia berdiri lalu melakukan solat. Mu’az berkata: Lalu Allah turunkan ayat ini: "Dan dirikanlah solat pada kedua hujung siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan malam", [Surah Hud ayat 114], Mu’az bertanya: Adakah ia khusus untuknya atau untuk semua orang Islam?, Baginda menjawab: Bahkan, untuk semua umat Islam.
[Riwayat al-Tirmizi, al-Daraqutni, al-Hakim, al-Baihaqi dan Ahmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1000]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs