Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
توضأْ وُضوءًا حَسَنًا، ثم قُمْ فَصَلِّ.
Teks Bahasa Melayu
Dia berwuduk dengan wuduk yang baik kemudian dia berdiri lalu melakukan solat.
Sahabat Perawi
- Mu'az bin Jabal RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1191 - 1192, hadis no. 6037. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن معاذ بن جبل رضي الله عنه: أنه كان قاعدا عند النبي صلى الله عليه وسلم فجاءه رجل وقال: يا رسول الله ما تقول في رجل أصاب امرأة لا تحل له، فلم يدع شيئا يصيبه الرجل من امرأته إلا وقد أصابه منها، إلا أنه لم يجامعها؟ فقال: توضأ وضوءا حسنا ثم قم فصل، قال: فأنزل الله تعالى هذه الآية (أقم الصلاة طرفي النهار وزلفا من الليل) الآية، فقال: أهي له خاصة أم للمسلمين عامة؟ فقال: بل للمسلمين عامة. [ت، قط، ك، هق، حم، ((الضعيفة)) (1000)]
(Lemah) Daripada Mu'az bin Jabal RA bahawa beliau pernah duduk bersama Nabi SAW, lalu datanglah seorang lelaki seraya bertanya: Wahai Rasulullah! Apa kata tuan mengenai seseorang yang bersama wanita yang tidak halal baginya, dia tidak meninggalkan apa-apa perkara yang dilakukan oleh suami kepada isterinya melainkan dia melakukannya kecuali bersetubuh?, Baginda menjawab: Dia berwuduk dengan wuduk yang baik kemudian dia berdiri lalu melakukan solat. Mu'az berkata: Lalu Allah turunkan ayat ini: "Dan dirikanlah solat pada kedua hujung siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan malam", [Surah Hud ayat 114], Mu'az bertanya: Adakah ia khusus untuknya atau untuk semua orang Islam?, Baginda menjawab: Bahkan, untuk semua umat Islam. [Riwayat al-Tirmizi, al-Daraqutni, al-Hakim, al-Baihaqi dan Ahmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1000]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman