Dia (Allah) berada di 'Ama', yang mana atas dan bawahnya tiada udara

TEKS BAHASA ARAB

كان في عماء، فوقه هواء، وما تحته هواء، ثم خلق العرش على الماء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dia berada di ‘Ama’, di atasnya tiada udara dan di bawahnya tiada udara. Kemudian Dia menciptakan ‘Arash di atas air.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1288, hadis nombor 6590. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي رزين رضي الله عنه، قال: كان النبي صلى الله عليه وسلم يكره أن يسأل، فإذا سأله أبو رزين أعجبه، قال: قلت: يا رسول الله! أين كان ربنا قبل أن يخلق السماوات والأرض؟ فقال: كان في عماء، فوقه هواء، وما تحته هواء، ثم خلق العرش على الماء.
[الطيالسي، ((الضعيفة)) (5320)]

(Lemah)
Daripada Abi Razin RA, katanya: Nabi SAW biasanya tidak suka apabila ditanya. Apabila Abu Razin bertanya baginda, baginda menyukainya. Abu Razin berkata: Aku bertanya: Wahai Rasulullah! Di manakah Tuhan kita sebelum Dia menciptakan langit-langit dan bumi? Baginda menjawab: Dia berada di ‘Ama’, di atasnya tiada udara dan di bawahnya tiada udara. Kemudian Dia menciptakan ‘Arash di atas air.
[Riwayat al-Tayalisi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5320]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.