Dia akan dibawa ke telaga yang gelap seperti minyak hitam di dalam api neraka

TEKS BAHASA ARAB

لا يلي أحد من أمر الناس شيئا إلا وقفه الله على جسر جهنم، فزلزل به الجسر زلزلة؛ فناج أو غير ناج، لا يبقى منه عظم إلا فارق صاحبه، فإن هو لم ينج؛ ذهب به في جب مظلم كالقير في نار جهنم، لا يبلغ قعره سبعين خريفا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah seseorang itu memegang tanggungjawab ke atas mana-mana urusan manusia kecuali Allah akan meletakkan dia ke atas jambatan (neraka) jahanam, jambatan itu digegarkan, maka seseorang itu sama ada akan selamat atau tidak selamat (halnya), tidaklah berbaki tulang kecuali ia akan meninggalkan tuannya (tulang akan berguguran), jika dia tidak selamat, maka dia akan dibawa ke telaga yang gelap seperti minyak hitam di dalam api neraka, dia masih tidak akan sampai ke dasarnya selepas 70 tahun.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 708, hadis nombor 3621. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أبي هريرة رضي الله عنه: أن عمر بن الخطاب استعمل بشر بن عاصم الجشمي على (صنعاء)، فتخلف، فلقيه على باب المسجد، فقال له: يا بشر! ألم أستعملك على صدقة من صدقات المسلمين، وقد علمت أن هذه الصدقات للفقراء والمساكين؟ فقال له بشر بن عاصم: بلى؛ ولكن سمعت رسول الله ﷺ یقول: لا يلي أحد من أمر الناس شيئا إلا وقفه الله على جسر جهنم، فزلزل به الجسر زلزلة؛ فناج أو غير ناج، لا يبقى منه عظم إلا فارق صاحبه، فإن هو لم ينج؛ ذهب به في جب مظلم كالقير في نار جهنم، لا يبلغ قعره سبعين خريفا. فأقبل عمر راجعاً حتى وقف على سلمان وأبي ذر، فقالا له: يا أمير المؤمنين! ما شأن وجهك متغيراً؟ قال: ذكر بشر بن عاصم كذا وكذا؛ فهل سمعتم ذلك من رسول الله ﷺ؟ قالا: نعم. قال: فأيكم يلي هذا الأمر؛ فأجعله إليه؟ قالا: من ترب الله وجهه، وألصق خذه بالأرض، ولم نر منك يا أمير المؤمنين! بعد إلا خيراً، ولكنا نخاف أن تولي هذا الأمر من ليس له بأهل؛ فيهلك بذلك.
[ابن أبي الدنيا في ((الأهوال))، ((الضعيفة)) (6865)].

(Sangat Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA berkata: Bahawa Umar bin al-Khattab melantik Bisyr bin Asim al-Jushami sebagai wakil pemerintah di Sanaa’, lalu dia enggan (dan tidak pergi ke sana), maka dia (Umar) berjumpa dengannya (Bisyr) di pintu masjid dan berkata kepadanya: Wahai Bisyr! Tidakkah aku telah melantik kamu untuk mengutip zakat dari zakat-zakat kaum muslimin, sedangkan engkau tahu bahawa ia untuk kaum fakir dan miskin? Lalu Bisyr bin Asim berkata: Ya benar, tetapi aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah seseorang itu memegang tanggungjawab ke atas mana-mana urusan manusia kecuali Allah akan meletakkan dia ke atas jambatan (neraka) jahanam, jambatan itu digegarkan, maka seseorang itu sama ada akan selamat atau tidak selamat (halnya), tidaklah berbaki tulang kecuali ia akan meninggalkan tuannya (tulang akan berguguran), jika dia tidak selamat, maka dia akan dibawa ke telaga yang gelap seperti minyak hitam di dalam api neraka, dia masih tidak akan sampai ke dasarnya selepas 70 tahun. Lalu Umar pulang sehingga berjumpa dengan Salman dan Abu Zar. Lalu mereka berdua berkata kepadanya: Wahai Amir al-Mukminin! Mengapa halnya (riak) wajahmu berubah? Lalu beliau berkata: Bisyr bin Asim menyebutkan sekian dan sekian, adakah kamu berdua mendengarnya daripada Rasulullah SAW? Mereka berdua berkata: Ya. Beliau berkata: Siapakah antara kamu yang sanggup menguruskan urusan ini, lalu aku berikan kepadanya (tugasan ini)? Mereka berdua berkata: Sesiapa yang Allah debukan wajahnya dan merapatkan pipinya ke bumi, dan kami tidak melihat dari kamu wahai Amir al-Mu’minin (bahawa engkau hanya menghendaki) melainkan kebaikan, tetapi kami takut kamu melantik dalam urusan ini orang yang bukan ahlinya, lalu dia musnah (binasa) kerana itu.
[Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam al-Ahwal. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6865].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs