Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أنها خاصمت النبي صلى الله عليه وسلم إلى أبي بكر؛ فقالت: يا رسول الله! اقصد! فلطم أبو بكر خدها؛ وقال: تقولين لرسول الله صلى الله عليه وسلم: اقصد؟! وجعل الدم يسيل من أنفها على ثيابها، ورسول الله صلى الله عليه وسلم يغسل الدم من ثيابها بيده؛ ويقول: ((إنا لم نُرِدْ هذا، إنا لم نُرِدْ هذا)).
Teks Bahasa Melayu
Dia ('Aishah) telah bertengkar dengan Nabi SAW (dan peristiwa itu diketahui) Abu Bakr, maka dia berkata: “Wahai Rasulullah! Berlaku adillah! Kemudian Abu Bakr menampar pipinya (‘Aishah) dan berkata: "Engkau berkata kepada Rasulullah SAW: Berlaku adillah?!" Dan mengalirlah darah dari hidungnya ke pakaiannya, lalu Rasulullah SAW mencuci darah tersebut dari pakaiannya (‘Aishah) dengan tangan baginda, seraya bersabda: "Kami tidak menginginkan ini, kami tidak menginginkan ini."
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1863, hadis no. 9403. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة - رضي الله عنها -، أنها خاصمت النبي صلى الله عليه وسلم إلى أبي بكر؛ فقالت: يا رسول الله! اقصد! فلطم أبو بكر خدها؛ وقال: تقولين لرسول الله صلى الله عليه وسلم: اقصد؟! وجعل الدم يسيل من أنفها على ثيابها، ورسول الله صلى الله عليه وسلم يغسل الدم من ثيابها بيده؛ ويقول: ((إنّا لم نُرِد هذا، إنّا لم نُرِد هذا)). [فر، (الضعيفة) (4966)].
(Lemah) Daripada ‘Aisyah RA, bahawasanya dia ('Aishah) telah bertengkar dengan Nabi SAW (dan peristiwa itu diketahui) Abu Bakr, maka dia berkata: “Wahai Rasulullah! Berlaku adillah! Kemudian Abu Bakr menampar pipinya (‘Aishah) dan berkata: "Engkau berkata kepada Rasulullah SAW: Berlaku adillah?!" Dan mengalirlah darah dari hidungnya ke pakaiannya, lalu Rasulullah SAW mencuci darah tersebut dari pakaiannya (‘Aishah) dengan tangan baginda, seraya bersabda: "Kami tidak menginginkan ini, kami tidak menginginkan ini." [Riwayat al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4966]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman