Dia adalah untukmu wahai Ali

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إن أبا بكر وعمر، خطبا فاطمة رضي الله عنهم، فقال النبي صلى الله عليه وآله وسلم: هي لك يا علي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesungguhnya Abu Bakar dan Umar meminang Fatimah RA. Lalu Nabi SAW bersabda: Dia adalah untukmu wahai Ali.

STATUS

Sanadnya Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 372-373, hadis nombor 69. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه العقيلي عن حجر بن عنبس، وكان ممن شهد الجمل وصفين مع علي رضي الله عنه، وفي إسناده: موسى بن قيس الحضرمي، وهو غال في الرفض. قال في اللآلىء: روى له أبو داود، ووثقه ابن معين، وقال أبو حاتم: لا بأس به، والحديث أخرجه البزار من طريقه. قال الهيثمي في زوائده: رجاله ثقات، إلا أن حجر بن عنبس لم يسمع من النبي صلى الله عليه وآله وسلم.

Diriwayatkan oleh al-Uqaili daripada Hajar bin Anbas, dia merupakan antara orang yang menyaksikan perang Jamal dan Siffin bersama Ali RA. Pada sanadnya terdapat Musa bin Qais al-Hadhrami iaitu seorang pelampau rafidhah (puak Syiah). Dia berkata dalam al-Laali’: Diriwayatkan oleh Abu Daud, dia dinilai thiqah. Abu Hatim berkata: Tiada masalah dengannya, hadith ini dikeluarkan oleh al-Bazzar daripada jalannya.
Al-Haithami berkata dalam Zawaidnya: Para perawinya adalah thiqah kecuali Hajar bin Anbas kerana dia tidak mendengar secara langsung daripada Nabi SAW.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs