Sanadnya lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: إِنَّ أَبَا بَكْرٍ وَعُمَرَ، خَطَبَا فَاطِمَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ، فَقَالَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ: هِيَ لَكَ يَا عَلِيُّ.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Sesungguhnya Abu Bakar dan Umar meminang Fatimah RA. Lalu Nabi SAW bersabda: Dia adalah untukmu wahai Ali.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Sanadnya lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 372-373, hadis no. 69. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه العقيلي عن حجر بن عنبس، وكان ممن شهد الجمل وصفين مع علي رضي الله عنه، وفي إسناده: موسى بن قيس الحضرمي، وهو غال في الرفض. قال في اللآلىء: روى له أبو داود، ووثقه ابن معين، وقال أبو حاتم: لا بأس به، والحديث أخرجه البزار من طريقه. قال الهيثمي في زوائده: رجاله ثقات، إلا أن حجر بن عنبس لم يسمع من النبي صلى الله عليه وآله وسلم.
Diriwayatkan oleh al-Uqaili daripada Hajar bin Anbas, dia merupakan antara orang yang menyaksikan perang Jamal dan Siffin bersama Ali RA. Pada sanadnya terdapat Musa bin Qais al-Hadhrami iaitu seorang pelampau rafidhah (puak Syiah). Dia berkata dalam al-Laali’: Diriwayatkan oleh Abu Daud, dia dinilai thiqah. Abu Hatim berkata: Tiada masalah dengannya, hadith ini dikeluarkan oleh al-Bazzar daripada jalannya. Al-Haithami berkata dalam Zawaidnya: Para perawinya adalah thiqah kecuali Hajar bin Anbas kerana dia tidak mendengar secara langsung daripada Nabi SAW.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman