Di Zu al-Hulayfah terdapat perigi-perigi yang dinamakan oleh orang awam sebagai perigi-perigi Ali RA

TEKS BAHASA ARAB

في ذي الحليفة آبار يسميها العوام (آبار علي) رضي الله عنه، وأنه قاتل الجن في بعض تلك الآبار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Di Zu al-Hulayfah terdapat perigi-perigi yang dinamakan oleh orang awam sebagai perigi-perigi Ali RA dan bahawa beliau pernah bergaduh dengan jin dalam beberapa perigi tersebut.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 272, hadis nombor 477. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وقال ابن أمير الحاج: في ذي الحليفة آبار يسميها العوام (آبار علي) رضي الله عنه، وأنه قاتل الجن في بعض تلك الآبار. وهو كذب من قائله.

Dan Kata Ibn Amir al-Haj: Di Zu al-Hulayfah terdapat perigi-perigi yang dinamakan oleh orang awam sebagai perigi-perigi Ali RA dan bahawa beliau pernah bergaduh dengan jin dalam beberapa perigi tersebut. Dan ia adalah dusta siapa yang mengatakannya.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs