Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
فِي ذِي الْحُلَيْفَةِ آبَارٌ يُسَمِّيهَا الْعَوَامُّ (آبَارَ عَلِيٍّ) رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، وَأَنَّهُ قَاتَلَ الْجِنَّ فِي بَعْضِ تِلْكَ الْآبَار.
Teks Bahasa Melayu
Di Zu al-Hulayfah terdapat perigi-perigi yang dinamakan oleh orang awam sebagai perigi-perigi Ali RA dan bahawa beliau pernah bergaduh dengan jin dalam beberapa perigi tersebut.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 272, hadis no. 477. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
وقال ابن أمير الحاج: في ذي الحليفة آبار يسميها العوام (آبار علي) رضي الله عنه، وأنه قاتل الجن في بعض تلك الآبار. وهو كذب من قائله.
Dan Kata Ibn Amir al-Haj: Di Zu al-Hulayfah terdapat perigi-perigi yang dinamakan oleh orang awam sebagai perigi-perigi Ali RA dan bahawa beliau pernah bergaduh dengan jin dalam beberapa perigi tersebut. Dan ia adalah dusta siapa yang mengatakannya.
Rujukan
Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.
Makluman