Di langit itu ada dua malaikat

TEKS BAHASA ARAB

في السماء ملكان، أحدهما يأمر بالشدة، والآخر يأمر باللين، وكل مصيب، أحدهما جبريل والآخر ميكائيل، ونبيان، أحدهما يأمر باللين، والآخر يأمر بالشدة، وكل مصيب – وذكر إبراهيم ونوحا -. ولي صاحبان، أحدهما يأمر باللين، والآخر يأمر بالشدة، وكل مصيب، – وذكر أبا بكر وعمر -.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Di langit itu ada dua malaikat. Salah satu antara menyuruh secara tegas, dan satu lagi bertugas secara lembut dan setiap antara mereka betul. Yang mana salah satunya adalah Malaikat Jibril dan satu lagi Malaikat Mikail. Dan ada dua orang Nabi, salah satunya menyuruh secara lembut dan satu lagi menyuruh secara keras, dan setiap mereka itu juga betul Mereka ialah Nabi Ibrahim dan Nabi Nuh. Dan bagiku ada dua sahabat, salah satu itu menyuruh secara lembut dan satu lagi menyuruh dengan keras, dan kedua – duanya juga betul. Mereka adalah Abu Bakar dan ‘Umar.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2021, hadis nombor 10161. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أم سلمة – رضي الله عنها – مرفوعا: في السماء ملكان، أحدهما يأمر بالشدة، والآخر يأمر باللين، وكل مصيب، أحدهما جبريل والآخر ميكائيل، ونبيان، أحدهما يأمر باللين، والآخر يأمر بالشدة، وكل مصيب – وذكر إبراهيم ونوحا -. ولي صاحبان، أحدهما يأمر باللين، والآخر يأمر بالشدة، وكل مصيب، – وذكر أبا بكر وعمر -.
[أبو بكر النيسابوري في ((الفوائد))، ((الضعيفة)) (4015)]

(Lemah)
Daripada Ummu Salamah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Di langit itu ada dua malaikat. Salah satu antara menyuruh secara tegas, dan satu lagi bertugas secara lembut dan setiap antara mereka betul. Yang mana salah satunya adalah Malaikat Jibril dan satu lagi Malaikat Mikail. Dan ada dua orang Nabi, salah satunya menyuruh secara lembut dan satu lagi menyuruh secara keras, dan setiap mereka itu juga betul Mereka ialah Nabi Ibrahim dan Nabi Nuh. Dan bagiku ada dua sahabat, salah satu itu menyuruh secara lembut dan satu lagi menyuruh dengan keras, dan kedua – duanya juga betul. Mereka adalah Abu Bakar dan ‘Umar.
[Riwayat Abu Bakar al-Naisaburi dalam al-Fawaid. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4015]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs