Di manakah taman-taman syurga?

TEKS BAHASA ARAB

إن لله عز وجل سرايا من الملائكة تحل وتقف على مجالس الذكر في الأرض؛ فارتعوا في رياض الجنة. قالوا: وأين رياض الجنة؟ قال: مجالس الذكر، فاغدوا وروحوا في ذكر الله عز وجل، وذكروه بأنفسكم، من كان يحب أن يعلم منزلته عند الله فلينظر كيف منزلة الله عنده، فإن الله عز وجل ينزل العبد منه حيث أنزله من نفسه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah ‘azza wa jalla mempunyai satu pasukan dalam kalangan malaikat yang melingkari dan berdiri dalam majlis-majlis zikir di muka bumi, lalu mereka memetik di taman-taman syurga. Mereka bertanya: Di manakah taman-taman syurga? Baginda menjawab: Majlis-majlis zikir, pergilah waktu pagi dan petang untuk berzikir kepada Allah ‘azza wa jalla, dan ingatlah Dia dalam diri kamu. Sesiapa yang mahu mengetahui kedudukannya di sisi Allah, maka lihatlah bagaimana kedudukan Allah di sisinya kerana Allah ‘azza wa jalla akan berada dekat dengan hamba sebagaimana hamba itu mendekatkan dirinya kepada Allah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1377 – 1378, hadis nombor 7011. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن جابر بن عبد الله – رضي الله عنهما -، قال: إن لله عز وجل سرايا من الملائكة تحل وتقف على مجالس الذكر في الأرض؛ فارتعوا في رياض الجنة. قالوا: وأين رياض الجنة؟ قال: مجالس الذكر، فاغدوا وروحوا في ذكر الله عز وجل، وذكروه بأنفسكم، من كان يحب أن يعلم منزلته عند الله فلينظر كيف منزلة الله عنده، فإن الله عز وجل ينزل العبد منه حيث أنزله من نفسه.
[ع، ابن حبان في ((الضعفاء))، البزار، عبد بن حميد، طس، ك، هب، البيهقي في ((الدعوات))، ((الضعيفة)) (5427)، (6205)]

(Lemah)
Daripada Jabir bin ‘Abdillah RA, katanya: Rasulullah SAW pernah keluar menemui kami, lalu baginda bersabda: Sesungguhnya Allah ‘azza wa jalla mempunyai satu pasukan dalam kalangan malaikat yang melingkari dan berdiri dalam majlis-majlis zikir di muka bumi, lalu mereka memetik di taman-taman syurga. Mereka bertanya: Di manakah taman-taman syurga? Baginda menjawab: Majlis-majlis zikir, pergilah waktu pagi dan petang untuk berzikir kepada Allah ‘azza wa jalla, dan ingatlah Dia dalam diri kamu. Sesiapa yang mahu mengetahui kedudukannya di sisi Allah, maka lihatlah bagaimana kedudukan Allah di sisinya kerana Allah ‘azza wa jalla akan berada dekat dengan hamba sebagaimana hamba itu mendekatkan dirinya kepada Allah.
[Riwayat Abu Ya'la, Ibn Hibban dalam al-Du'afa', al-Bazzar, 'Abd bin Humaid, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dalam Shu'ab al-Iman, dan al-Baihaqi dalam al-Da'awat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5427, 6205]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs