Classification icon

Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Di manakah pemuji-pemuji yang dahulunya memuji Allah?

Teks Bahasa Arab

يُجمَعُ النَّاسُ في صَعيدٍ واحدٍ ينفذُهُمُ البَصرُ ويُسمِعُهُمُ الدَّاعي ثم يُنادي مُنادٍ سيَعلمُ أَهْلُ الجَمعِ لمنِ العزُّ والكرَمُ ! (ثلاثَ مرَّاتٍ) ثمَّ يقولُ : أينَ الَّذينَ كانت تتَجافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا الآيةَ ثُمَّ ينادي : سيَعلمُ أَهْلُ الجَمعِ لمنِ العزُّ والكرَمُ ثمَّ يقولُ : أينَ الَّذينَ كانت لا تُلهيهِمْ تِجارةٌ ولا بيعٌ عن ذِكْرِ اللَّهِ ( ثلاثَ مرَّاتٍ ) ثمَّ يقولُ : أينَ الحمَّادونَ الَّذينَ كانوا يحمَدونَ اللَّهَ.

Teks Bahasa Melayu

Manusia akan berkumpul di satu dataran seluas pandangan dan diperdengarkan oleh seorang pemanggil. Kemudian seorang penyeru menyeru: “Ahli perhimpunan ini akan mengetahui milik siapakah kemegahan dan kemuliaan!” Sebanyak tiga kali. Kemudian dia berkata: “Di manakah mereka yang dahulunya {merenggangkan badan mereka daripada tempat tidur kerana berdoa kepada Tuhan mereka dalam keadaan takut dan mengharapkan} (hingga akhir ayat al-Qur’an)?” Kemudian dia menyeru lagi: “Ahli perhimpunan ini akan mengetahui milik siapakah kemegahan dan kemuliaan!” Kemudian dia berkata: “Di manakah mereka yang dahulunya {tidak dilekakan oleh perniagaan dan tidak juga jualbeli daripada mengingati Allah}? Sebanyak tiga kali. Kemudian dia berkata: “Di manakah pemuji-pemuji yang dahulunya memuji Allah?”

Sahabat Perawi

  1. Uqbah bin Amir al-Juhani RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 559, hadis no. 2901.

(ضعيف) عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ الْجُهَنِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: كُنَّا نَتَنَاوَبُ الرَّعِيَّةَ، فَلَمَّا كَانَتْ نَوْبَتِي سَرَّحْتُ إِبِلِي، فَجِئْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَخْطُبُ فَسَمِعْتُهُ يَقُولُ: «يُجْمَعُ النَّاسُ فِي صَعِيدٍ وَاحِدٍ يَنْفُذُهُمُ الْبَصَرُ ‌وَيُسْمِعُهُمُ الدَّاعِي ثم يُنَادِي مُنَادٍ: سَيَعْلَمُ أَهْلُ الْجَمْعِ لِمَنِ العز والْكَرَمُ!» ثَلَاثَ مَرَّاتٍ. ثُمَّ يَقُولُ: «أَيْنَ الَّذِينَ كَانَتْ {تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يدعون ربهم خوفا وطمعا} الآية»؟ ثُمَّ يُنَادِي: سَيَعْلَمُ هل الْجَمْعُ لِمَنِ العز والْكَرَمُ! ثُمَّ يَقُولُ: أَيْنَ الَّذِينَ كَانُت {لَا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ} ثلاث مرات، ثم يقول: «أَيْنَ الْحَمَّادُونَ الَّذِينَ كَانُوا يَحْمَدُونَ الله؟». [ك، حل، ((الضعيفة)) (6014)]

(Lemah) Daripada Uqbah bin Amir al-Juhani RA, beliau berkata: Kami dahulunya bergantian dalam mengembala. Apabila sampai giliranku aku akan lepaskan untaku. Lalu aku datang kepada Rasul Allah SAW sewaktu Baginda sedang berkhutbah maka aku dengar Baginda berkata: “Manusia akan berkumpul di satu dataran seluas pandangan dan diperdengarkan oleh seorang pemanggil. Kemudian seorang penyeru menyeru: “Ahli perhimpunan ini akan mengetahui milik siapakah kemegahan dan kemuliaan!” Sebanyak tiga kali. Kemudian dia berkata: “Di manakah mereka yang dahulunya merenggangkan badan mereka daripada tempat tidur kerana berdoa kepada Tuhan mereka dalam keadaan takut dan mengharapkan (hingga akhir ayat al-Qur’an)?” Kemudian dia menyeru lagi: “Ahli perhimpunan ini akan mengetahui milik siapakah kemegahan dan kemuliaan!” Kemudian dia berkata: “Di manakah mereka yang dahulunya tidak dilekakan oleh perniagaan dan tidak juga jualbeli daripada mengingati Allah? Sebanyak tiga kali. Kemudian dia berkata: “Di manakah pemuji-pemuji yang dahulunya memuji Allah?” [Riwayat al-Hakim dalam kitab al-Mustadrak dan Abu Nu‘aim dalam kitab al-Hilyah. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6014]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.