TEKS BAHASA ARAB
أين الراضون بالمقدور؟ أين الساعون للمشكور؟ عجبت لمن يؤمن بدار الخلود؛ كيف يسعى لدار الغرور؟!
TEKS BAHASA MALAYSIA
Di manakah orang yang reda dengan apa yang ditakdirkan? Di manakah orang yang berusaha mencari apa yang disyukurkan? Aku merasa aneh dengan orang yang beriman dengan negeri kekal abadi, bagaimana dia boleh berusaha untuk negeri tipu daya?!
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 572, hadis nombor 2956. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عمرو بن مرة، قال: خرج النبي ﷺ إلى أصحابه فقال: «أين الراضون بالمقدور؟ أين الساعون للمشكور؟ عجبت لمن يؤمن بدار الخلود؛ كيف يسعى لدار الغرور؟!». [وكيع، «الضعيفة» (7136)].
(Lemah) Daripada ‘Amr bin Murrah, beliau berkata: Nabi ﷺ keluar menemui para sahabatnya lalu bersabda: "Di manakah orang yang reda dengan apa yang ditakdirkan? Di manakah orang yang berusaha mencari apa yang disyukurkan? Aku merasa aneh dengan orang yang beriman dengan negeri kekal abadi, bagaimana dia boleh berusaha untuk negeri tipu daya?!". [Riwayat Waki’ dalam al-Zuhd. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7136].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.