Di manakah orang yang bertanya tentang kiamat?

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

بينما النبي صلى الله عليه وسلم في مجلس يحدث القوم، جاءه أعرابي فقال: متى الساعة؟ فمضى رسول الله صلى الله عليه وسلم يحدث. فقال بعض القوم: سمع ما قال، فكره ما قال. وقال بعضهم: بل لم يسمع. حتى قضى حديثه، قال: أين – أراه – السائل عن الساعة؟ قال: ها أنا يا رسول الله! قال: فإذا ضيعت الأمانة؛ فانتظر الساعة. قال: كيف إضاعتها؛ قال: إذا وسد الأمر إلى غير أهله؛ فانتظر الساعة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika Nabi SAW berada dalam satu majlis sedang bercerita kepada suatu kumpulan, seorang lelaki Arab telah datang menemui Baginda lalu bertanya: Bilakah kiamat? Rasulullah SAW terus bercerita. Sebahagian kumpulan berkata: Baginda mendengar pertanyaan lelaki itu, namun Baginda tidak menyukainya. Sebahagian lain pula berkata: Baginda tidak mendengarnya, hinggalah Baginda selesai menyampaikan cerita Baginda. Baginda bersabda: Dimana – aku mahu menemui – orang yang bertanya tentang kiamat? Lelaki itu pun berkata: Ini saya, wahai Rasulullah! Baginda bersabda: Apabila amanah telah disia-siakan maka tunggulah saat berlakunya kiamat. Lelaki itu bertanya lagi: Bagaimana amanah disia-siakan? Baginda menjawab: Apabila diserahkan urusan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah berlakunya kiamat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1393 – 1394, hadis nombor 7074. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: بينما النبي صلى الله عليه وسلم في مجلس يحدث القوم، جاءه أعرابي فقال: متى الساعة؟ فمضى رسول الله صلى الله عليه وسلم يحدث. فقال بعض القوم: سمع ما قال، فكره ما قال. وقال بعضهم: بل لم يسمع. حتى قضى حديثه قال: أين – أراه – السائل عن الساعة؟ قال: ها أنا يا رسول الله! قال: فإذا ضيعت الأمانة؛ فانتظر الساعة. قال: كيف إضاعتها؛ قال: إذا وسد الأمر إلى غير أهله؛ فانتظر الساعة.
[خ، حم، ((الضعيفة)) (6947)]

(Lemah)
Daripada Abi Hurairah RA, katanya: Ketika Nabi SAW berada dalam satu majlis sedang bercerita kepada suatu kumpulan, seorang lelaki Arab telah datang menemui Baginda lalu bertanya: Bilakah kiamat? Rasulullah SAW terus bercerita. Sebahagian kumpulan berkata: Baginda mendengar pertanyaan lelaki itu, namun Baginda tidak menyukainya. Sebahagian lain pula berkata: Baginda tidak mendengarnya, hinggalah Baginda selesai menyampaikan cerita Baginda. Baginda bersabda: Dimana – aku mahu menemui – orang yang bertanya tentang kiamat? Lelaki itu pun berkata: Ini saya, wahai Rasulullah! Baginda bersabda: Apabila amanah telah disia-siakan maka tunggulah saat berlakunya kiamat. Lelaki itu bertanya lagi: Bagaimana amanah disia-siakan? Baginda menjawab: Apabila diserahkan urusan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah berlakunya kiamat.
[Riwayat al-Bukhari dan Ahmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6947]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.