Di manakah orang-orang yang banyak memuji iaitu orang-orang yang dulunya mereka selalu memuji Allah?

TEKS BAHASA ARAB

يجمع الناس في صعيد واحد، ينفذهم البصر، ويسمعهم الداعي، ثم ينادي مناد: سيعلم أهل الجمع لمن العز والكرم! (ثلاث مرات)، ثم يقول: أين الذين كانت {تتجافى جنوبهم عن المضاجع يدعون ربهم خوفا وطمعا} الآية؟ ثم ينادي: سيعلم أهل الجمع لمن العز والكرم! ثم يقول: أين الذين كانت {لا تلهيهم تجارة ولا بيع عن ذكر الله} (ثلاث مرات)، ثم يقول: أين الحمادون الذين كانوا يحمدون الله؟.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Manusia akan dihimpunkan di satu dataran, pandangan jelas kepada mereka dan penyeru boleh didengari oleh mereka. Kemudian seorang penyeru menyeru: Orang-orang yang berhimpun akan mengetahui siapakah orang yang terhormat lagi mulia! (tiga kali). Kemudian penyeru itu berkata: Di manakah orang yang {Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan solat tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya)}? (Surah al-Sajdah, ayat 16). Kemudian diseru lagi: Orang-orang yang berhimpun akan mengetahui siapakah orang yang terhormat dan mulia! Kemudian penyeru berkata: Di manakah orang yang {Orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah}? (Surah al-Nur, ayat 37) (tiga kali), kemudian penyeru berkata: Di manakah orang-orang yang banyak memuji iaitu orang-orang yang dulunya mereka selalu memuji Allah?.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1386, hadis nombor 7041. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عقبة بن عامر رضي الله عنه، قال: كنا نتناوب الرعية، فلما كان نوبتي؛ سرحت إبلي، فجثت رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو يخطب، فسمعته يقول: يجمع الناس في صعيد واحد، ينفذهم البصر، ويسمعهم الداعي، ثم ينادي مناد: سيعلم أهل الجمع لمن العز والكرم! (ثلاث مرات)، ثم يقول: أين الذين كانت {تتجافى جنوبهم عن المضاجع يدعون ربهم خوفا وطمعا} الآية؟ ثم ينادي: سيعلم أهل الجمع لمن العز والكرم! ثم يقول: أين الذين كانت {لا تلهيهم تجارة ولا بيع عن ذكر الله} (ثلاث مرات)، ثم يقول: أين الحمادون الذين كانوا يحمدون الله؟.
[ك، حل، ((الضعيفة)) (6014)]

(Lemah)
Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir RA, katanya: Kami bergilir-gilir menternak, apabila tiba giliranku, aku pun melepaskan untaku lalu aku datang kepada Rasulullah SAW yang ketika itu sedang berkhutbah, aku mendengar Baginda bersabda: Manusia akan dihimpunkan di satu dataran, pandangan jelas kepada mereka dan penyeru boleh didengari oleh mereka. Kemudian seorang penyeru menyeru: Orang-orang yang berhimpun akan mengetahui siapakah orang yang terhormat lagi mulia! (tiga kali). Kemudian penyeru itu berkata: Di manakah orang yang {Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan solat tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya)}? (Surah al-Sajdah, ayat 16). Kemudian diseru lagi: Orang-orang yang berhimpun akan mengetahui siapakah orang yang terhormat dan mulia! Kemudian penyeru berkata: Di manakah orang yang {Orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah}? (Surah al-Nur, ayat 37) (tiga kali), kemudian penyeru berkata: Di manakah orang-orang yang banyak memuji iaitu orang-orang yang dulunya mereka selalu memuji Allah?.
[Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6014]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs