Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يُجمَعُ النَّاسُ في صَعيدٍ واحدٍ، ينفذُهُمُ البَصرُ، ويُسمِعُهُمُ الدَّاعي، ثم يُنادي مُنادٍ: سيَعلمُ أَهْلُ الجَمعِ لمنِ العزُّ والكرَمُ! (ثلاثَ مرَّاتٍ) ثمَّ يقولُ: أينَ الَّذينَ كانت {تتَجافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا} الآيةَ؟ ثُمَّ ينادي: سيَعلمُ أَهْلُ الجَمعِ لمنِ العزُّ والكرَمُ! ثمَّ يقولُ: أينَ الَّذينَ كانت {لا تُلهيهِمْ تِجارةٌ ولا بيعٌ عن ذِكْرِ اللَّهِ} (ثلاثَ مرَّاتٍ) ثمَّ يقولُ: أينَ الحمَّادونَ الَّذينَ كانوا يحمَدونَ اللَّهَ؟
Teks Bahasa Melayu
Manusia akan dihimpunkan di satu dataran, pandangan jelas kepada mereka dan penyeru boleh didengari oleh mereka. Kemudian seorang penyeru menyeru: Orang-orang yang berhimpun akan mengetahui siapakah orang yang terhormat lagi mulia! (tiga kali). Kemudian penyeru itu berkata: Di manakah orang yang {Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan solat tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya)}? (Surah al-Sajdah, ayat 16). Kemudian diseru lagi: Orang-orang yang berhimpun akan mengetahui siapakah orang yang terhormat dan mulia! Kemudian penyeru berkata: Di manakah orang yang {Orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah}? (Surah al-Nur, ayat 37) (tiga kali), kemudian penyeru berkata: Di manakah orang-orang yang banyak memuji iaitu orang-orang yang dulunya mereka selalu memuji Allah?.
Sahabat Perawi
- Uqbah bin 'Amir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1386, hadis no. 7041. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عقبة بن عامر رضي الله عنه، قال: كنا نتناوب الرعية، فلما كان نوبتي؛ سرحت إبلي، فجثت رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو يخطب، فسمعته يقول: يجمع الناس في صعيد واحد، ينفذهم البصر، ويسمعهم الداعي، ثم ينادي مناد: سيعلم أهل الجمع لمن العز والكرم! (ثلاث مرات)، ثم يقول: أين الذين كانت {تتجافى جنوبهم عن المضاجع يدعون ربهم خوفا وطمعا} الآية؟ ثم ينادي: سيعلم أهل الجمع لمن العز والكرم! ثم يقول: أين الذين كانت {لا تلهيهم تجارة ولا بيع عن ذكر الله} (ثلاث مرات)، ثم يقول: أين الحمادون الذين كانوا يحمدون الله؟. [ك، حل، ((الضعيفة)) (6014)]
(Lemah) Daripada 'Uqbah bin 'Amir RA, katanya: Kami bergilir-gilir menternak, apabila tiba giliranku, aku pun melepaskan untaku lalu aku datang kepada Rasulullah SAW yang ketika itu sedang berkhutbah, aku mendengar Baginda bersabda: Manusia akan dihimpunkan di satu dataran, pandangan jelas kepada mereka dan penyeru boleh didengari oleh mereka. Kemudian seorang penyeru menyeru: Orang-orang yang berhimpun akan mengetahui siapakah orang yang terhormat lagi mulia! (tiga kali). Kemudian penyeru itu berkata: Di manakah orang yang {Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan solat tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya)}? (Surah al-Sajdah, ayat 16). Kemudian diseru lagi: Orang-orang yang berhimpun akan mengetahui siapakah orang yang terhormat dan mulia! Kemudian penyeru berkata: Di manakah orang yang {Orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah}? (Surah al-Nur, ayat 37) (tiga kali), kemudian penyeru berkata: Di manakah orang-orang yang banyak memuji iaitu orang-orang yang dulunya mereka selalu memuji Allah?. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6014]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman