TEKS BAHASA ARAB
إذا كان يوم القيامة نودي: أين أبناء الستين؟ وهو العمر الذي قال الله عز وجل: {أولم نعمركم ما يتذكر فيه من تذكر وجاءكم النذير}.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila tiba hari kiamat, akan diserukan: Di manakah manusia-manusia yang berumur 60 tahun? Ia adalah umur yang Allah telah sebutkan: Bukankah kami telah memanjangkan umurmu untuk dapat berfikir bagi orang yang mahu berfikir, padahal telah datang kepadamu seorang pemberi peringatan, [Surah Fatir ayat 37].
STATUS
Sangat Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1249, hadis nombor 6376. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا
عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: إذا كان يوم القيامة نودي: أين أبناء الستين؟ وهو العمر الذي قال الله عز وجل: {أولم نعمركم ما يتذكر فيه من تذكر وجاءكم النذير}.
[المخلص في ((قطعة من حديثه))، البيهقي في ((الزهد))، الرامهرمزي، ((الضعيفة)) (2584)]
(Sangat Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila tiba hari kiamat, akan diserukan: Di manakah manusia-manusia yang berumur 60 tahun? Ia adalah umur yang Allah telah sebutkan: Bukankah kami telah memanjangkan umurmu untuk dapat berfikir bagi orang yang mahu berfikir, padahal telah datang kepadamu seorang pemberi peringatan, [Surah Fatir ayat 37].
[Riwayat al-Mukhlas dalam Qit'ah Min Hadithihi, al-Baihaqi dalam al-Zuhd, al-Ramaharmuzi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2584]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.