Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا كان يومُ القيامةِ نُودِيَ: أين أبناءُ السِّتِّينَ؟ وهو العُمُرُ الذي قال اللهُ عز وجل: {أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيرُ}.
Teks Bahasa Melayu
Apabila tiba hari kiamat, akan diserukan: Di manakah manusia-manusia yang berumur 60 tahun? Ia adalah umur yang Allah telah sebutkan: Bukankah kami telah memanjangkan umurmu untuk dapat berfikir bagi orang yang mahu berfikir, padahal telah datang kepadamu seorang pemberi peringatan, [Surah Fatir ayat 37].
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1249, hadis no. 6376. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: إذا كان يوم القيامة نودي: أين أبناء الستين؟ وهو العمر الذي قال الله عز وجل: {أولم نعمركم ما يتذكر فيه من تذكر وجاءكم النذير}. [المخلص في ((قطعة من حديثه))، البيهقي في ((الزهد))، الرامهرمزي، ((الضعيفة)) (2584)]
(Sangat Lemah) Daripada Ibn 'Abbas RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila tiba hari kiamat, akan diserukan: Di manakah manusia-manusia yang berumur 60 tahun? Ia adalah umur yang Allah telah sebutkan: Bukankah kami telah memanjangkan umurmu untuk dapat berfikir bagi orang yang mahu berfikir, padahal telah datang kepadamu seorang pemberi peringatan, [Surah Fatir ayat 37]. [Riwayat al-Mukhlas dalam Qit'ah Min Hadithihi, al-Baihaqi dalam al-Zuhd, al-Ramaharmuzi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2584]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman