Di manakah kebaikan-kebaikan sekian sekian yang telah aku lakukan, ia tidak ada dalam catatanku?

TEKS BAHASA ARAB

إن الرجل ليؤتى كتابه منشورا فيقول: يا رب! فأين حسنات كذا وكذا عملتها؛ ليست في صحيفتي؟! فيقول له: محيت باغتيابك الناس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya seseorang itu benar-benar akan dibawakan kitabnya secara terbuka, lalu dia berkata: Wahai Tuhan! Di manakah kebaikan-kebaikan sekian sekian yang telah aku lakukan, ia tidak ada dalam catatanku? Allah berfirman kepadanya: Ia telah dihapuskan kerana umpatanmu kepada orang lain.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1353, hadis nombor 6908. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي أمامة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن الرجل ليؤتى كتابه منشوراً فيقول: يا رب! فأين حسنات كذا وكذا عملتها؛ ليست في صحيفتي؟! فيقول له: محيت باغتيابك الناس.
[الأصبهاني، ((الضعيفة)) (5261)]

(Palsu)
Daripada Abi Umamah RA telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya seseorang itu benar-benar akan dibawakan kitabnya secara terbuka, lalu dia berkata: Wahai Tuhan! Di manakah kebaikan-kebaikan sekian sekian yang telah aku lakukan, ia tidak ada dalam catatanku? Allah berfirman kepadanya: Ia telah dihapuskan kerana umpatanmu kepada orang lain.
[Riwayat al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5261]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs