Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن الرجلَ ليُؤتى كتابَه منشورًا فيقول: يا ربِّ! فأين حسناتُ كذا وكذا عملتُها؛ ليست في صحيفتي؟! فيقول له: مُحيت باغتيابِك الناسَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya seseorang itu benar-benar akan dibawakan kitabnya secara terbuka, lalu dia berkata: Wahai Tuhan! Di manakah kebaikan-kebaikan sekian sekian yang telah aku lakukan, ia tidak ada dalam catatanku? Allah berfirman kepadanya: Ia telah dihapuskan kerana umpatanmu kepada orang lain.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1353, hadis no. 6908. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي أمامة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن الرجل ليؤتى كتابه منشوراً فيقول: يا رب! فأين حسنات كذا وكذا عملتها؛ ليست في صحيفتي؟! فيقول له: محيت باغتيابك الناس. [الأصبهاني، ((الضعيفة)) (5261)]
(Palsu) Daripada Abi Umamah RA telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya seseorang itu benar-benar akan dibawakan kitabnya secara terbuka, lalu dia berkata: Wahai Tuhan! Di manakah kebaikan-kebaikan sekian sekian yang telah aku lakukan, ia tidak ada dalam catatanku? Allah berfirman kepadanya: Ia telah dihapuskan kerana umpatanmu kepada orang lain. [Riwayat al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5261]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman