Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: "إِنَّهُ قِيلَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ: أَيْنَ كُنْتَ وَآدَمُ فِي الْجَنَّةِ؟ قَالَ: فِي صُلْبِهِ، وَأُهْبِطَ إِلَى الأَرْضِ وَأَنَا فِي صُلْبِهِ، وَرَكِبْتُ السَّفِينَةَ فِي صُلْبِ أَبِي نُوحٍ، وَقُذِفَ بِي فِي النَّارِ فِي صُلْبِ أَبِي إِبْرَاهِيمَ، لَمْ يَتَّفِقْ فِيَّ أَبَوَانِ عَلَى سِفَاحٍ قَطُّ. لَمْ يَزَلْ يَنْقِلُنِي مِنَ الأَصْلابِ الطَّاهِرَةِ إِلَى الأرحام النقية، مهذباً، لا تنشعب شُعْبَتَانِ إِلا كُنْتُ فِي خَيْرِهِمَا. فَأَخَذَ اللَّهُ لِي بِالنُّبُوَّةِ، وَفِي التَّوْرَاةِ: بَشَّرَ بِي، وَفِي الإِنْجِيلِ: شَهَّرَ اسْمِي، تُشْرِقُ الأَرْضُ لِوَجْهِي، وَالسَّمَاءُ لِرُؤْيَتِي، رُقِيَ بِي فِي سَمَائِهِ، وَشَقَّ لِي اسْمًا مِنْ أَسْمَائِهِ , فَذُو الْعَرْشِ مَحْمُودٌ، وَأَنَا محمد.
Teks Bahasa Melayu
Hadith : Dikatakan kepada Nabi SAW: Di mana kamu dan nabi Adam di dalam syurga.Nabi menjawab : Aku berada di dalam sulbinya, dia diperintahkan turun ke bumi sedangkan aku berada dalam sulbinya. Aku juga menaiki kapal dan aku berada dalam sulbi Nabi Nuh. Aku juga dicampakkan ke dalam neraka dan aku berada dalam sulbi Nabi Ibrahim, tidak bertemu pada ibu ayah dengan cara zina. Aku dipindahkan secara berterusan dalam sulbi-sulbi yang bersih ke rahim yang suci, secara tersusun, tidak berpisah dua kecuali aku adalah yang terbaik dari keduanya. Lalu Allah mengurniakan padaku kenabian. Dalam Taurat: Ada berita menggembirakan mereka dengan kedatanganku. Dalam Injil: Dimasyhurkan namaku. Bumi menjadi bersinar kerana wajahku. Langit juga begitu apabila melihatku. Aku diangkat ke langit-Nya, diberikan aku nama dari nama-nama-Nya. Zat yang mempunyai Arasy adalah Mahmud, aku pula adalah Muhammad.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 320, hadis no. 2. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
هو موضوع. وضعه بعض القصاص.
Ia palsu. Ia direka oleh sebahagian penglipur lara.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman