Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
في اَلْجَنَّة بَيْت يقالُ له: بيت السَّخاء.
Teks Bahasa Melayu
Di dalam syurga terdapat sebuah rumah yang disebut sebagai rumah orang-orang yang pemurah.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 112, hadis no. 578. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عائشة - رضي الله عنها -، قالت: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم-: في الجنة بيت يقال له: بيت السخاء. [طس، ((الضعيفة)) (5999)]
(Munkar) Daripada Aishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Di dalam syurga terdapat sebuah rumah yang disebut sebagai rumah orang-orang yang pemurah. [Riwayat al-Ṭabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.5999]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman