Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
في اَلْجَنَّة بَيْت يقالُ له: بيت السَّخاء.
Teks Bahasa Melayu
Di dalam syurga ada sebuah rumah yang dipanggil Bayt al-Sakha’.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 682, hadis no. 3507. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عائشة مرفوعا: ((في الجنة بيت يقال له: بيت السخاء)) [طس، ((الضعيفة)) (5999)]
(Munkar) Daripada Aisyah berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Di dalam syurga ada sebuah rumah yang dipanggil Bayt al-Sakha’.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5999]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman