Batil

30/06/2024

minit bacaan



Di dalam syurga ada satu sungai yang dipanggil Rajab

Teks Bahasa Arab

إنَّ في الجنةِ نهرًا يُقالُ له : رَجَبٌ، ماؤُه أَشَدُّ بياضًا من اللبنِ، وأحلَى من العسلِ، من صام من رَجَبٍ يومًا واحدًا، سقاهُ اللهُ من ذلك النهرِ.

Teks Bahasa Melayu

Di dalam syurga ada satu sungai yang dipanggil Rajab, (airnya lebih putih dari susu dan lebih manis dari madu), sesiapa yang berpuasa pada bulan Rejab satu hari, maka Allah akan memberi dia minum dari sungai itu.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 654, hadis no. 3377. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إن في الجنة نهرا يقال له: رجب، [ماؤه أشد بياضا من اللبن، وأحلى من العسل] ، من صام ‌من ‌رجب يوما واحدا، سقاه الله من ذلك النهر)). [أبو محمد الخلال في ((فضل شهر رجب)) فر، الأصبهاني في ((الترغيب والترهيب))، ((الضعيفة)) (1898)]

(Batil) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Di dalam syurga ada satu sungai yang dipanggil Rajab, (airnya lebih putih dari susu dan lebih manis dari madu), sesiapa yang berpuasa pada bulan Rejab satu hari, maka Allah akan memberi dia minum dari sungai itu.” [Riwayat Abu Muhammad al-Khallal dalam Fadhl Syahr Rajab, al-Dailami dalam al-Firdaus dan al-Asbahani dalam al-Targhib wa al-Tarhib. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1898]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.