Di dalam syurga ada bangunan dari Yaqut

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن في الجنة ‌لعمدا من ياقوته، عليها غرف من زبرجد، تبص كما يبص الكوكب الدري، قلنا: من يسكنها؟ قال: المتحابون في الله عز وجل، والمتلاقون في الله، والمتباذلون في الله، أوكلمة نحوها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Di dalam syurga ada bangunan dari Yaqut, padanya ada bilik-bilik dari Zabarjad, terlihat bagaikan bintang bergemerlapan, kami berkata: Siapakah penghuninya? Baginda berkata: “Orang yang berkasih sayang dan berjumpa kerana Allah, yang beramal kerana Allah atau yang sepertinya."

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 654, hadis nombor 3375. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إن في الجنة ‌لعمدا من ياقوته، عليها غرف من زبرجد، تبص كما يبص الكوكب الدري، قلنا: من يسكنها؟ قال: المتحابون في الله عز وجل، والمتلاقون في الله، والمتباذلون في الله، أوكلمة نحوها)). [الحسن المروزي في ((زوائد الزهد))، البزار، تمام، ((الضعيفة)) (1897)]

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Di dalam syurga ada bangunan dari Yaqut, padanya ada bilik-bilik dari Zabarjad, terlihat bagaikan bintang bergemerlapan, kami berkata: Siapakah penghuninya? Baginda berkata: “Orang yang berkasih sayang dan berjumpa kerana Allah, yang beramal kerana Allah atau yang sepertinya.” [Riwayat al-Hasan al-Marwazi dalam Zawaid al-Zuhd, al-Bazzar dan al-Razi dalam al-Fawaid. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1897]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.