Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ في الجنةِ لَعُمُدًا من ياقوتةٍ، عليها غُرَفٌ من زَبَرْجَدٍ، تَبِصُّ كما يَبِصُّ الكوكبُ الدُّرِّيُّ، قلنا : من يسكنُها ؟ قال : المتحابُّونَ في اللهِ عزوجل، والمُتلاقونَ في اللهِ، والمُتباذِلونَ في اللهِ، أو كلمةً نحوَها.
Teks Bahasa Melayu
Di dalam syurga ada bangunan dari Yaqut, padanya ada bilik-bilik dari Zabarjad, terlihat bagaikan bintang bergemerlapan, kami berkata: Siapakah penghuninya? Baginda berkata: “Orang yang berkasih sayang dan berjumpa kerana Allah, yang beramal kerana Allah atau yang sepertinya."
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 654, hadis no. 3375. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إن في الجنة لعمدا من ياقوته، عليها غرف من زبرجد، تبص كما يبص الكوكب الدري، قلنا: من يسكنها؟ قال: المتحابون في الله عز وجل، والمتلاقون في الله، والمتباذلون في الله، أوكلمة نحوها)). [الحسن المروزي في ((زوائد الزهد))، البزار، تمام، ((الضعيفة)) (1897)]
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Di dalam syurga ada bangunan dari Yaqut, padanya ada bilik-bilik dari Zabarjad, terlihat bagaikan bintang bergemerlapan, kami berkata: Siapakah penghuninya? Baginda berkata: “Orang yang berkasih sayang dan berjumpa kerana Allah, yang beramal kerana Allah atau yang sepertinya.” [Riwayat al-Hasan al-Marwazi dalam Zawaid al-Zuhd, al-Bazzar dan al-Razi dalam al-Fawaid. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1897]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman