Di dalam syurga ada 100 tingkatan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن في الجنة مائة درجة، لوأن العالمين اجتمعوا في إحداهن ‌لوسعتهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Di dalam syurga ada 100 tingkatan, jika seluruh makhluk berada dalam satu tingkatan darinya nescaya mereka akan muat berada di dalamnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 654, hadis nombor 3376. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي سعيد – رضي الله عنه – عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ((إن في الجنة مائة درجة، لوأن العالمين اجتمعوا في إحداهن ‌لوسعتهم)). [ت، حم، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1886)]

(Lemah) Daripada Abu Said RA daripada Nabi SAW berkata: “Di dalam syurga ada 100 tingkatan, jika seluruh makhluk berada dalam satu tingkatan darinya nescaya mereka akan muat berada di dalamnya.” [Riwayat al-Tirmizi dalam al-Sunan, Ahmad dalam al-Musnad dan Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1886]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.