Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Di dalam al-Quran terdapat lapan ayat untuk menghindari penyakit ain

Teks Bahasa Arab

في كتابِ اللَّهِ عزَّ وجلَّ ثماني آياتٍ للعَينِ، لا يقرأُها عبدٌ في دارٍ فيُصيبَهُم ذلكَ اليومِ: عينُ إنسٍ أو جنٍّ: فاتحةُ الكتابِ سبعُ آياتٍ، وآيةُ الكرسيِّ آيةٌ

Teks Bahasa Melayu

Di dalam kitab Allah Azzawajalla (al-Qur'an) terdapat lapan ayat untuk menghindari penyakit ain. Tidaklah seseorang itu membacanya di rumah melainkan mereka tidak akan ditimpa pada hari itu gangguan ain dari manusia atau jin, iaitu: Surah al-Fatihah yang mempunyai tujuh ayat (mewakili 7 ayat) dan ayat al-Kursi (ayat ke-8).

Sahabat Perawi

  1. Imran RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1532, hadis no. 7785. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عمران - رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم - :((في كتاب الله عز وجل ثماني آيات للعين، لا يقرأها عبد في دار فيصيبهم ذلك اليوم عين إنس أو جن: فاتحة الكتاب سبع آيات، وآية الكرسي آية)). [فر، ((الضعيفة)) (5911)].

(Munkar) Daripada Imran RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: (Di dalam kitab Allah Azzawajalla (al-Qur'an) terdapat lapan ayat untuk menghindari penyakit ain. Tidaklah seseorang itu membacanya di rumah melainkan mereka tidak akan ditimpa pada hari itu gangguan ain dari manusia atau jin, iaitu: Surah al-Fatihah yang mempunyai tujuh ayat (mewakili 7 ayat) dan ayat al-Kursi (ayat ke-8).) [Riwayat al-Dailami di dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5911].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.