Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Di atas titian sirat ada jalan yang sukar.Tiada yang dapat melepasinya kecuali dengan kebenaran daripada Ali bin Abi Talib

Teks Bahasa Arab

حديث: أن أبا بكر رضي الله عنه، قال لعلي رضي الله عنه: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: عَلَى الصِّرَاطِ عَقَبَةٌ، لا يُجُوزُهَا أَحَدٌ إِلا بِجَوَازٍ مِنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ، فَقَالَ عَلِيٌّ: سَمِعْتُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لِي: يَا عَلِيُّ: لا تَكْتُبْ جَوَازًا لِمَنْ سَبَّ أَبَا بَكْرٍ وَعُمَرَ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Abu Bakar RA berkata kepada Ali: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Di atas titian sirat ada jalan yang sukar. Tiada yang dapat melepasinya kecuali dengan kebenaran daripada Ali bin Abi Talib. Ali berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW berkata kepadaku: Wahai Ali, jangan berikan kebenaran kepada orang yang mencela Abu Bakar dan Umar.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 381, hadis no. 89. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب، وقال: موضوع، من عمل القصاص.

Diriwayatkan oleh al-Khatib, dia berkata: Palsu. Ini adalah kerja para penglipur lara.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.